Tuesday, April 19, 2011

Tengah design template baru untuk Coder's Talk

Aku dah boring dah tengok template Coder's Talk aku tu. Jadi, aku sedang cuba membuat template baru untuk blog tu. Andaikata engkorang tengok template blog ni jadi pelik2 dengan tajuk yang merepek-repek, itu aku punya testing la tu.

Ada banyak isu yang aku perlu ambil kira dalam pembikinan template baru ni. Ia berkaitan Adsense, Amazon, Contoh kod-kod sumber lama, Keywords, Tutorials dan links. Aku kena pastikan template baru ni compatible dengan blog tu supaya aku boleh terus menapau duit adsense sambil berblog. Alangkah hampehnya kurasakan jika template baru ni menurunkan kadar metabolisma duit adsense yang aku perolehi.. Oh deymm sungguh jika itu terjadi... Semoga kejayaan sentiasa menyebelahi aku. Walaupun aku tak berapa ada masa nak buat template ni, aku bantai je bila2 masa yang aku ada. Tak tau lagi bila nak siap ni... hahah

Sunday, April 10, 2011

Tempat aku main-main dengan template

Blog ni takde apa-apa agenda pun. Ini hanyalah tempat aku main-main dengan template blogger. Pada ketika ini, aku memikirkan untuk mengolah beberapa template blogger untuk digunapakai oleh diri sendiri. Jikalau engkorang datang sini dan tengok blog ni merepek-repak je design dia, itu adalah kerana aku sedang merepek-repek dengan rekabentuk yang sedang bermain-main didalam kepala bana aku ni.

Kalau engkorang tiba-tiba jadi suka pulak nak mengikuti perkembangan blog mrepek ni, dengan segala hormatnya, silalah 'like' blog ni. Itu pun kalau engkorang boleh jumpa la butang like kat sini... Muahahahah. Kalau tak jumpa, mungkin engkorang boleh klik je apa-apa yang korang boleh klik.